Tuesday, October 30, 2012

Majlis Akhir Tahun




Majlis penyampaian hadiah dan penyerahan kad laporan pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tadika akan menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah serta jamuan akhir tahun pada:

                                                Tarikh: 6 November 2012 (Selasa)
                                                Masa  : 11.30 pagi

Sebarang sumbangan makanan bagi memeriahkan lagi majlis amat dialu-alukan.

 Untuk pengetahuan pihak tuan/puan juga, penyerahan kad laporan pelajar akan diadakan pada hari yang sama bermula dari jam 5.00  hingga 6.30 petang.

Tarikh akhir persekolahan bagi tahun 2012 ialah pada 9 November 2012 (Jumaat). Tadika akan beroperasi sebagai pusat jagaan dan pengajian Iqra sepanjang cuti persekolahan.


Tuesday, October 16, 2012

Hari Peperiksaan

Kini  tiba minggu peperiksaan .Peperiksaan untuk anak-anak soleh  5 dan 6 tahun akan bermula pada Hari Isnin 15/10/2012 hingga 18/12/2012..

"  SEMOGA BERJAYA "


kepada para ibubapa   anak-anak soleh ....give a moral support to them
dan  jangan  mudah putus asa .....


life is a  long journey...




masih jauh lagi perjalanan .......................................................




Saturday, October 13, 2012

Hari sukan 4 tahun

Hari sukan  tahunan 4tahun PASTI wilayah persekutuan telah diadakan pada awal oktober lepas .Tadika anak soleh juga turut meninjau melihat2 hari sukan pasti tahunan  untuk persedian sukan tahun hadapan .Memandangkan peserta anak soleh 2 orang sahaja Fahim awal2 lagi menarik diri, mereka bergabung  acara larian batton bersama Pasti Alhilmi.

 

Tapi  alkisahnya bukan jadi larian berganti-ganti (batton ) tapi larian nashwa  sorang2  je. 
Habis satu padang acara dia lari, azam turut lari mengejar nashwa dan maka tak bernasib baiklah Pasti Alhimi untuk menang gara2 anak2 tadika anak soleh. Gambr2 sekitar acara sukan 4tahun pasti tahunan  di segambut.










 


Monday, October 8, 2012

Jom Bercerita!

Ini semua salah Iswara!

"Umar, cuba tengok tu! Fuiyo dahsyatla, awan tu tak tergolek jatuh atas kita pun, walaupun tak ada tali," kata saya semasa memandu dalam perjalanan ke rumah emak di Kampung Melayu Subang.
"Ye lah Ummi, matahari tu pun sama. Elok je kat situ, tak jatuh pun," jawab Umar Hakim, anak sulung saya.
"Allah tu hebat kan, pandai Allah buat semua benda kat sekeliling kita ni, tak ada cacat langsung. Cuba Umar tengok benda yang manusia buat, sama hebat tak dengan yang Allah buat?" tanya saya.
"Tak, Allah lagi 'terer'!"jawab Umar dan Khadijah serentak.

Saya sangat menghargai kesempatan setiap kali di dalam kereta bersama anak-anak. Kebiasaannya fikrah mereka mudah dibentuk pada waktu ini, mungkin kerana tidak ada gangguan dari televisyen, komputer dan sebagainya. Mereka akan lebih fokus apabila saya dan suami bercerita tentang apa saja.

Pernah ada satu ketika, saya tersalah jalan semasa memandu pulang ke Putrajaya dari Subang. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang sejam, terlajak hingga 2 jam! Allah sahaja yang tahu keadaan pada waktu itu. Memandu sendirian, kereta manual, bersama 4 anak kecil, tengahari pula tu! Bukan senang.
Anak-anak lapar.
Panas.
Pendingin hawa tak cukup kuat.
Semua alasan yang boleh menimbulkan kemarahan semua yang berada di dalam kereta.

Namun Alhamdulillah, tiada siapa pun yang marah. Perjalanan 2 jam itu penuh dengan cerita dan ketawa. Dalam tempoh itu juga saya dapat mengesan, apakah tindakan dan perasaan anak-anak ini apabila berada dalam keadaan menduga itu.

"Ni semua salah Iswara ni, kalau tak mesti kita tak sesat!" kata anak-anak.
Almaklum, sudah terbiasa dengan Avanza.
"Eh kesiannya, cuba tengok makcik tu! Bawa anak kecil 2 orang tengah-tengah panas ni. Jalan kaki je. Umar dan Jah tengah jalan kaki ke?" provok saya.
"Tak,"jawab mereka antara dengar dan tidak.
"Macam tu la anak-anak, kadang-kadang kita rasa kita susah, padahal sebenarnya ada ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Allah nak uji kita sesekali, apa salahnya. Nak tengok kita sabar ke tidak, tenang ke merungut. Kalau sabar, dapat pahala, kalau merungut berdosa, penat pula tu."

Mereka terdiam. Perjalanan seterusnya lebih tenang dan penuh gurau senda. Alhamdulillah setelah 2 jam dan melalui 4 tol, barulah kami tiba di Putrajaya. Akhirnya!
"Ummi, lain kali kita sesat lagi nak, seronok la," kata Umar dan Khadijah.

Aduh!