Wednesday, November 28, 2012

Catatan Hujung November



Warna warni Tadika Anak Soleh Cerdik 2012

Segala puji  bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tiada lafaz setinggi kalimah Alhamdulillah,pujian tertinggi buat Tuhan yang Maha Pencipta dan Pencinta…yang mana dengan Cinta dan Kasih SayangNya, telah mengizinkan kewujudan serta membenarkan perjalanan Tadika Anak Soleh Cerdik (Pasti Anak Soleh) sepanjang tahun 2012.

Oh, banyak sekali momen indah yang berlaku tahun ini.

Anak-anak Soleh yang mula mendaftar dari awal tahun, hampir kesemuanya tidak boleh membaca. Namun Alhamdulillah, setelah sebulan beroperasi, Marsya Amani (yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik Pasti Wilayah Persekutuan 2012 kategori 5 tahun) sudah boleh membaca. Anak-anak 5 tahun dan 6 tahun yang lain,menyusul beberapa bulan kemudian.

Anak-anak Soleh yang lain juga kebanyakkannya sudah mengetahui tentang wudhu’ , bacaan wajib di dalam solat, merangkumi  surah Al-Fatihah, tahiyat, serta belajar untuk berdiri, rukuk dan sujud dengan betul. Amali solat sememangnya menjadi penekanan awal dalam pendidikan Pasti Anak Soleh. Seboleh mungkin,anak-anak ini perlu selesai urusan belajar tentang solat, sebelum mereka menguasai ilmu akademik yang lain. Alhamdulillah, anak-anak  4 tahun juga sudah boleh bersolat.

“Cikgu, nak pergi tasik!” lantun pemilik suara paling gemersik Pasti Anak Soleh, Azamuddin.

Kebiasaannya begitulah. Antara aktiviti wajib setiap Khamis ialah berkelah dan bersenam di tasik berhampiran Masjid Putra, tidak jauh dari tadika. Dapat berlari, menghirup udara segar, bersenam dengan kemudahan yang ada di kawasan sekitar, menjadikan anak-anak riang ria ini bertambah ‘riang ria’nya. Sudah tentu ‘memerap’ dan ‘membungkus’ anak-anak ini di tadika sahaja, tidak lain hanya akan membantutkan jiwa kanak-kanak mereka. Jangankan anak-anak, cikgu-cikgu tua ini pun sama juga, boleh ‘masuk air’ jika tidak keluar sepanjang minggu! Impak besarnya, mereka lebih mudah menyerap apa yang diajarkan selepas itu.

Sesekali, mereka diajar bagaimana melipat kain, menyapu lantai, memasak jemput-jemput pisang, mengupas buah epal dengan bantuan guru, dan aktiviti seumpamanya. Nama pun tadika ‘Anak Soleh Cerdik’, maka mereka tidak hanya perlu bijak dan cerdik, tetapi juga perlu belajar membantu ibu bapa mereka di rumah (ehem….harap-harapnya begitu).

Pencapaian

Marsya Amani

Sudah tentu, pencapaian terbaik pada tahun ini ialah apabila Marsya Amani dinobatkan sebagai Pelajar  Terbaik Pasti Wilayah Persekutuan 2012 melalui peperiksaan saringan yang diduduki oleh kesemua pelajar terbaik dari Pasti-Pasti Wilayah. Kejayaan yang sungguh di luar duga.


Namun jika mengenali Marsya,sememangnya beliau merupakan anak yang bijak akademik. Anak-anak Soleh yang lain bijak juga, tetapi memang sudah menjadi rezeki Puan Kausar dan En Masrol, anak sulung mereka ini dikurniakan kelebihan IQ yang baik. Sejak dari awal, Marsya cepat belajar, menulis dan pandai juga membawa diri (sesekali ada juga amukannya, but…hei, what do you expect from a five year old kid, huh?). Faktor pemakanan? Oh, Marsya jarang sekali makan, tetapi kuat sekali minum susu Sustagen yang dibekalkan ‘mummy’nya. Selain pencapaian cemerlang tersebut, Beliau kini sudah di tahap Iqra 5. Bermula dengan Iqra 1 semenjak awal tahun, dalam tempoh kurang setahun sudah berada di Iqra 5…..wow, Alhamdulillah.

Humaira Batrisyia

“Iza jaa anasrullahi walfath….!” Lantun Humaira, yang lebih dikenali sebagai ‘kakak’. Suara kakak memang nyaring dan merdu, bakal Qariah In Sha Allah.

Kakak dan adiknya Azam, memang cukup istimewa. Di kala anak-anak lain sibuk menyanyikan lagu cinta, mereka berdua lebih kerap melantunkan bacaan surah pendek dan zikir yang mereka hafal di rumah. Hebat sekali anak-anak Puan Wan dan Encik Zulkarnain ini. (Personally, they are gifted with a very,very high pitched voice….the whole school will hear them every time they opened their mouth hehehe). Seperti Marsya, kakak juga bermula dengan Iqra 1, dan kini sudah berada di Iqra 6. Selayaknya beliau dianugerahkan Pelajar Terbaik bacaan Iqra’ dalam penyampaian hadiah akhir tahun Pasti Anak Soleh.


Kakak memang benar-benar menjadi ‘kakak’ kepada semua orang. Sikapnya yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, dan ringan tulang dalam menghulurkan bantuan benar-benar persis ‘orang tua’ yang terperangkap dalam tubuh kanak-kanak 5 tahun (berleter pun boleh tahan juga hehe).

Kesemuanya bijak
Oh ya, anak-anak Soleh Cerdik ini semuanya bijak-bijak belaka. Namun begitu, hanya kisah 2 anak sahaja yang dapat dicoretkan untuk kali ini. In Shaa Allah kisah anak-anak lain akan menyusul kemudian.

Ibu bapa Soleh Cerdik

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat kesemua ibu bapa yang mempercayai kami untuk menjaga anak-anak tuan/puan sepanjang tahun. Disebabkan jumlah anak-anak Soleh yang sedikit, dan kami sudah menjaga mereka beberapa bulan ini, sedikit sebanyak kami sudah mengenali mereka seperti anak sendiri. Apa yang mereka suka makan, bagaimana mengendalikan mereka apabila meragam dan oleh sebab sudah menganggap mereka seperti anak sendiri, maka bohonglah jika mereka tidak pernah dimarahi. Marah-marah sayang,sepertimana sayangnya kami pada anak kandung kami sendiri.

In Shaa Allah…bertemu lagi di nukilan akan datang.

Assalamualaikum….:)





Wednesday, November 7, 2012

Jamuan Akhir Tahun




pelajar-pelajar tadika anak soleh




Alhamdulillah selesai sudah majlis akhir tahun dan penyampaian hadiah untuk tadika anak soleh. Jutaan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua para ibubapa yang telah menyumbangkan makanan dan minuman untuk jamuan tersebut . Antara kek-kek yang disumbangkan oleh ibubapa di jamuan tersebut



KEK CHEESE  fresh ni buatan  sendiri ni Pn Jamilah (ibu  muaz)  yang digemari ramai terutama  ustaz


  
ini kek daripada mak akil cantik sedap



                                              kek aisyah hari jadinya yang keempat



dah ada makanan  adalah hadiahnya siapa agaknya yang punya hadiah banyak ni mai kita zoom ckit haa ni lah  namanya  mana tuan badannya aa ade kat bawah   lagi







 aa nilah tuan punya hadiah banyak-banyak tu marsya, tahniah syabas
memang bijak  anak puan kausar ni


 kegembiraan di kongsi bersama tak dapt hadiah pertama pun takpelah  dapat pegang frame syani pun jadilah -kakak





muaz pelajar 6 tahun no 1 tadika anak soleh

 2 sekawan ni sahabat baik sampai besar sampai  ke anak cucu


ni dah besar he he ni ibu-ibu kepada marsya dan kakak memang sahabt baik ni tak boleh pisah. anak -anak pun turut jejak langkah  berkawan baik tak boleh berenggang nak duk sebelah2 je marsya dan kakak.Terima kasih puan kerana turut datang meraikan  jamuan akhir tahun  tadika anak soleh.


gambar -gambar sekitar majlis
tempat kesukaan berkampung kat tangga ,turun semua kata cikgu nurul



imad dan sarah pun nk gambar dengan hadiah kakak syani  















kira apa tu nashwa










  


 


















 




























Monday, November 5, 2012

Majlis Ihtifal ( konvekesyen))





Majlis Ihtifal (konvekesyen) Pasti Wilayah Persekutuan telah berlangsung pada 3.11.2012 . Buat julung-julung kalinya graduan pertama Tadika @pasti Anak Soleh  bagi sesi 2012.



Pelajar-pelajar  anak soleh yang telah  meghabiskan pembelajaran di Tadika Anak Soleh

 1)Muhammd Azfar Muaz bin mohd Azlan
 2)Muhammad Alif bin Mohd Khairi
 3)Ammar Hafifi bin Khairin Nasrin

Semoga anak-anak soleh ini akan terus dapat menyarung jubah untuk 17 tahun lagi pada tahap pendidikan yang lebih tinggi di  universiti-universiti  terkemuka di Malaysia mahupun di luar negara. Insyaallah..




''Pelajar terbaik akademik 5 tahun sesi 2012  ialah Marsya Amani daripada Pasti  Anak Soleh. Untuk makluman semua Pasti Anak Soleh baru dibuka pada tahun ini...-ucapan daripada mc  di hari konvekesyen Pasti Wilayah....



                                                                                      
                                                        




Muhammad Alif, Muaz ,Hafifi, Marsya Amani.
Syabas  dan tahniah diucapkan kepada graduan anak soleh pada tahun ini dan tahniah juga kepada Marsya Amani kerana telah mendapat anugerah Pelajar Terbaik Akademik (5tahun) peringkat Wilayah Persekutuan.




 
                

sekitar majlis ihtifal Pasti Wilayah Persekutuan graduan cilik  2012

  




 


 
tengok kamera fifi nak ambik gambar tu -muaz


 kepenatan menunggu mengantuk muaz

 penat berdiri duduk pula

                                                    lamanya bila  nak naik pentas ni... ......   
  




 duduk di bilik menunggu bersama angry bird imad



 penat berdiri


                                           artis pun turut sama memeriahkan meraikan konvekesyen anaknya



 bersama pingat yang dimenangi tempat pertama, kedua dan ketiga




 siapa tu macam kenal je