Friday, November 2, 2012

Tahniah!!!!!!!!



Alhamdulillah segala puji-pujiian hanya bagi Allah ,dengan keizinannNYA

Tadika (Pasti) Anak Soleh telah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Akademik (5 tahun ) 2012  Pasti peringkat Wilayah Persekutuan .

Agak mengujakan memandangkan tadika ini baru setahun jagung  telah berjaya mengatasi  20 Pasti Wilayah yang telah lama beroperasi .Ini mungkin menghairankan  dan menjadi tanda tanya di kalangan guru-guru Pasti yang punyai puluhan pengalaman dalam pengajaran  silibus akademik Pasti. 

Tahniah dan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Pn Waridah merangkap pembantu ceo yang telah berhempas pulas menguruskan tadika setelah pengasasnya, Encik Lokman Hakim berpindah ke luar negara.
Tidak lupa juga kepada cikgu Nurul dan suaminya Ustaz Saharudin (pengurus tadika) yang sama-sama menggembeleng tenaga  untuk memajukan tadika ini.


Tahniah semua!!
Oh, hampir sahaja terlupa...

Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Pn Kausar dan En Masrol kerana telah  menghantar anak mereka yang terlebih BIJAK  itu ke tadika kami sekaligus memungkinkan kejayaan untuk Tadika Anak Soleh menerima anugerah pada tahun ini .

Tahniah  kepada Marsya Amani  !!!!!



  

nasib baik menang kalau tak..................  ..... hehehe
.

Tahniah juga  pada  Muaz kerana telah mencuba tapi belum ada rezeki  teruskan usaha untuk
mencapai kecemerlangan di masa-masa akan datang

Terima Kasih Allah atas segalanya... .

No comments: